Sunday, January 16, 2011

2011 - A Shakin' Start (Tawakal)

Salam New Year 2011,
Seeking HIS blessings for a better prosperous future. Left previous company last December. Now here i am.. on my own. pray and work hard ! walau bagaimanapun sibuk allah akan aku kekalkan dalam hati supaya apa yg aku buat ni berbaloi dan tidak sia2. kerja pun dapat dan pahala pun dapat ... solat pun complete.. jadi takda pun yg di neglectkan... insya allah..

imagine those days aku terlalu sibuk dengan keje sampai lupa solat.. forgive me la ... regret tull...

Some new stuff for our hawa telinga...
i tengok satu talk dari hassan din al hafiz baru2 ni and topic dia pasal alam kubur. semua jasad akan mati dan akan ditanam dan disitu bermula lah kehidupannya sebagai ahli akhirat. kita selalu tertanya tanya mengenai perjalanan jasad atau roh selepas mati.thou' on my previous blog ada menyatakan pasal loh mahfuz kan? this is something dari sumber yg lain untuk kita dengar dan dalami. kalau ada apa2 yg terlebih atau salah - silalah advise ye.

Jasad akan reput dan roh akan keluar dari badan manusia dan akan dimasukkan semula kedalam jasad lain yakni ukhrawi - jasad yang kekal. jasad ukhrawi adalah jasad yg akan dibangkitkan di akhirat kelak atau yg akan digantikan dengan jasad didalam kubur itu nanti. jadi - janganlah kita ingat sekiranya selepas 1 tahun selepas jasad kita reput maka seksaan akan terhenti. jasad dan roh yg tidak baik akan kekal didalam kubur dan seksaan akan diteruskan sehingga kiamat nanti. nauzubillah.

correct me if im wrong, maka sekiranya manusia itu seorang yang baik - maka rohnya akan diletakkan di luh mahfuz dan kekal disana sehingga dibangkitkan kelak. alangkah baiknya jika aku antara yg dipilih.

to be bersambung...

Sunday, August 22, 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Bismillahirohmanirahim.

.."Biar aku mulakan Blog pertama ini dengan cerita2 dr ustaz dan nasihat untuk renungan kita bersama. semoga kita dirahmati allah selalu dan berjaya."..

Cerita dari seorang hamba ke seorang lagi hambaNya;
 
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan ;

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

.."Mari berlumba dalam kebaikan. "..

The Haze